Thursday, April 1, 2021

ISU MUNAKAHAT

Apa itu Munakahat?

Bahasa : Ikatan atau simpulan

Istilah : Suatu ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan batas hak dan kewajipan serta bertolong-tolongan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan, yang di antara keduanya bukan mahram.

Munakahat yang akan dibincangkan, adalah isu talak


Apa itu talak?


Talak


Jarang masyarakat kita mahu berbincang tentang penceraian atau talak kerana ia tajuk yang pahit ditelan, tetapi perlu juga untuk kita bincangkan demi kesejahteraan institusi kekeluargaan dalam masyarakat. Terdapat pelbagai jenis penceraian menurut undang-undang dan syariat Islam, 

iaitu penceraian secara talak, fasakh, li’an, khulu’, taklik, dan penceraian disebabkan anggapan kematian. Di dalam Islam, penceraian merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh Islam tetapi dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu.


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, talak ialah pelepasan ikatan nikah dgn ucapan talak, cerai, dan sebagainya oleh suami.
Perkataan talak (طلاق) berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud melepaskan atau menanggalkan.

Berlainan pula dengan pernikahan yang memerlukan Akad. Akad pula bermaksud ikatan.

Dari segi istilah syarak, Talak menurut bahasa bermaksud melepaskan ikatan dan menurut syarak pula, talak membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya. Talak merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan isteri tidak dapat hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mencari kebahagiaan rumahtangga. Talak merupakan perkara yang dibenci Allah s.w.t tetapi dibenarkan.


Dalil Talak


Terdapat pelbagai sumber dalil daripada al-Quran dan hadis Nabi SAW yang menceritakan tentang penceraian.
Antaranya, Allah SWT telah menerangkan dengan jelas berkaitan penceraian melalui firman-Nya:

وَإِنْ عَزَمُواْ الطَّلاَقَ فَإِنَّ اللّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya: Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Baqarah, 2:227)


Di dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman:

الطَّلاَقُ مَرَّتَانِ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ

Maksudnya: Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik. (Surah Al-Baqarah, 2:229)

Menurut imam Ibnu Kathir, masyarakat Arab jahiliyyah pada waktu dahulu tiada satu sistem yang teratur untuk penceraian.

 Mereka boleh menceraikan isteri mereka sesuka hati dan rujuk semula walaupun beberapa kali sehingga ratusan kali.


Maka, agama Islam datang kemudiannya untuk mengajarkan bahawa talak yang boleh dirujuk adalah sebanyak dua kali dan jika tidak mahu untuk dirujuk maka lepaskanlah isteri tersebut dengan baik tanpa menzaliminya.


Di dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Perkara halal yang paling dibenci pada sisi Allah ialah talak.” (Riwayat Abu Daud).

Berdasarkan hadis ini, meskipun talak dibenarkan oleh syarak, talak tetap menjadi perkara yang dibenci. 

Penceraian bukanlah sesuatu yang digalakkan oleh agama Islam. Apabila sudah tiada lagi cara dan jalan untuk berdamai bagi menyelamatkan rumah tangga yang dibina, maka penceraian menjadi pilihan yang terakhir.

Rukun Talak


Terdapat tiga rukun talak, iaitu suami, isteri dan lafaz talak itu sendiri.

Suami : Suami yang melafazkan talak tidak boleh melakukannya dengan paksaan daripada orang lain dan hendaklah daripada kemahuannya sendiri. 

Si suami perlu juga dalam keaadaan berakal dan baligh. Tidak sah talaknya jika si suami dalam keadaan tidak waras.

Isteri : Perempuan yang diceraikan mestilah isterinya sendiri melalui akad nikah yang sah. Tidak boleh bagi seorang lelaki melafazkan talak kepada isteri orang lain.

Lafaz talak:  Lafaz talak mempunyai dua jenis, iaitu lafaz talak secara sorih (jelas) dan lafaz talak secara kinayah.

• Talak sorih diucapkan lafaznya secara jelas oleh suami terhadap isteri. Sebagai contoh, “aku ceraikan engkau dengan talak satu,” ataupun, “aku ceraikan kau”.

• Lafaz kinayah pula tidak diucapkan secara jelas perkataan talak tersebut, tetapi si suami mengucapkan sesuatu lafaz degan makna yang boleh membawa maksud cerai. Misalnya, “baliklah kau ke rumah orang tua kau”, ataupun, “kau bukan lagi isteri aku”.


Hukum Penceraian


Walaupun terdapat kebenaran oleh agama Islam untuk penceraian, terdapat beberapa hukum yang perlu dititik beratkan oleh kedua-dua pihak sebelum mengambil keputusan untuk bercerai.

WAJIB Apabila perkahwinan tersebut tidak lagi dapat diselamatkan, maka wajib untuk bercerai. Lebih-lebih lagi jika perkahwinan yang berkekalan diyakini boleh mendatangkan mudarat terhadap kekeluargaan sama ada suami, isteri, atau anak-anak.

HARAM Haram hukumnya jika penceraian berlaku semasa isteri dalam keadaan haid atau nifas. Haram juga diceraikan isteri untuk melarangnya daripada menuntut harta yang ada.

SUNAT Sunat hukumnya dalam keadaan si suami tidak dapat menampung kemahuan isterinya sendiri atau isteri itu tidak menjaga maruah dirinya dan suaminya.

MAKRUH Makruh bercerai sekiranya menceraikan isteri yang baik pekerti dan pengetahuan agamanya, tiada sebarang masalah dan berakhlak mulia. Suami tidak sepatutnya menceraikan isteri tanpa alasan yang munasabah sedangkan perkahwinan mereka masih boleh diselamatkan.

HARUS Penceraian menjadi harus bagi sesebuah perkahwinan sekiranya terjadi beberapa perkara tertentu seperti suami sudah tidak lagi mempunyai nafsu terhadap perkahwinannya atau keadaan si isteri yang belum haid ataupun telah putus haidnya.


Isu Talak kini


Cerai/talak dalam talian, adakah ianya sah atau tidak?


Fenomena Cerai Melalui SMSCerai SMS atau pun dikenali sebagai e-cerai(Mustafa Ali: 2005) merupakan antara isu yang mengundang pelbagai kontroversi. 

Secara umumnya, cerai SMS berlaku apabila suami melafazkan talak dengan menaipkan pesanan ringkas di telefon bimbit dan menghantar pesanan tersebut kepada telefon bimbit isteri. 

Cerai SMS mendapat kritikan yang cukup hebat daripada pelbagai golongan masyarakat bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Secara umumnya, SMS(short Message Service) didefinasikan sebagai satu perkhidmatan yang ditawarkan melalui telefon bimbit untuk mengirim atau menerima pesanan pendek/ringkas. 

Ia amat popular di kalangan pengguna telefon bimbit kerana perkhidmatannya yang mudah, murah dan cepat. Walaubagaimanapun, kecanggihan teknologi komunikasi ini telah disalahgunakan oleh segelintir daripada kita untuk melafazkan cerai kepada isteri dengan cara yang tidak sewajarnya. 

Namun inilah realiti yang harus kita terima pada hari ini. Ringkasan di dalam pesanan telefon itu boleh disalahertikan. Walaupun perbuatan menceraikan seorang isteri cukup dengan tiga perkataan semudah ‘aku ceraikan engkau’, namun reaksi muka, emosi, yang menunjukkan niat seseorang tidak dapat digambarkan melalui SMS.

Kes pertama yang melibatkan perceraian SMS di kalangan umat Islam bermula di Dubai apabila seorang suami telah menhantar pesanan ringkas kepada isteri beliau yang berbunyi ‘kamu diceraikan kerana kamu lambat’. 

 Dalam kes ini mahkamah di Dubai mengesahkan bahawa talak tersebut tidak jatuh kerana lelaki tersebut tidak melafazkan perkataan cerai sebanyak 3 kali seperti yang disyaratkan.

Cerai SMS juga bukanlah satu isu baru kepada masyarakat Malaysia. Ia mulai hebat diperkatakan pada tahun 2003 apabila kes Shamsudin Latif dan Azida Fazlina Bt Latif telah dirujuk kepada Mahkamah Syariah (Gombak). Di mana dalam kes ini, Hakim Syarie Mohamad Fauzi Ismail telah memutuskan bahawa lafaz taklik cerai yang dihantar oleh Shamsudin melalui SMS yang berbunyi ‘Kalau engkau tak keluar dari rumah mak bapak engkau, jatuh talak tiga’, sah dan sabit serta gugur talak tiga terhadap Azida. (Tarmizi Abdul Rahim:2003)

Kes ini bukanlah kes pertama yang dirujuk ke mahkamah. Semenjak 1999 telah dilaporkan bahawa 20 kes telah di bawa ke Mahkamah Syariah Selangor dengan sebahagiannya disahkan manakala bakinya ditolak.(Farush Khan:2003) 

 Baru-baru ini, sekali lagi isu ini mencuri tumpuan masyarakat Malaysia apabila melibatkan penyanyi popular Irama Malaysia, Noraniza Idris dan bekas suami beliau Fareez.Sememangnya fenomena penggunaan SMS untuk melafazkan cerai amat membimbangkan masyarakat Islam keseluruhannya kerana ia sedikit sebanyak telah mencalar imej Islam yang memuliakan sebuah perhubungan yang terjalin melalui ikatan perkahwinan. 

 Seandainya masalah ini tidak ditangani dengan sewajarnya, dikhuatiri keutuhan sebuah institusi kekeluargaan di Malaysia akan tergugat

2.0 Hukum Lafaz Cerai Melalui SMS


 Oleh kerana cerai SMS merupakan satu persoalan baru yang timbul akibat daripada kemajuan teknologi, hukumnya tidak dibincangkan secara khusus oleh ulama’-ulama’ muktabar silam. Justeru itu, pelbagai pertikaian telah ditimbulkan di kalangan masyarakat berkaitan dengan sah atau tidak talak tersebut. 

 Negara jiran Malaysia, Singapura, membolehkan warga muslim melafazkan talak secara SMS. Bahkan, di Dubai, Uni Emirat Arab, talak via SMS juga dibenarkan.(Herry Mohamad, Kholis Bahtiar, Ahmad Latif:2001) 

 Ekoran daripada polemik tersebut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke – 55 di Malaysia yang bersidang pada 27 Julai 2003 telah meneliti secara mendalam mengenai masalah ini dan mereka telah memberi pendapat mengenai hukum cerai SMS seperti berikut (e-fatwa: 2006)

i. Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimili, SMS, e-mail dan sebagainya merupakan talak berbentuk kinayah dan adalah sah sekiranya disertakan dengan niat.

ii. Semua perceraian perlu dikemukakan ke Mahkamah Syariah untuk menthabitkan talak tersebutiii. Talak yang dilakukan dengan menggunakan komunikasi moden adalah kaedah perceraian yang tidak menepati adab perceraian yang digariskan oleh syarak.Berdasarkan kepada pandangan di atas jelaslah bahawa cerai SMS boleh membawa kepada jatuhnya talak jika disertai dengan niat. 

Di sini, penulis akan membincangkan dengan terperinci kenapa talak secara SMS dikira sah. Namun sebelum meneliti dengan lebih mendalam mengenai sahnya cerai SMS adalah perlu untuk kita memahami konsep talak secara keseluruhannya

2.1 Konsep Talak dalam Islam. 


Salah satu cara perceraian di dalam Islam adalah melaui lafaz talak oleh pihak suami.Selain daripada lafaz talak, perceraian juga boleh berlaku dengan 

cara fasakh, khulu’ (tebus talak) 

dan cerai takliq.

Kalimah ‘talak’ dalam bahasa Arab ertinya ‘melepaskan ikatan’. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai takrif talak yang telah diberikan oleh Fuqaha’ (Salleh Ismail, 2003) antaranya :

i. Fuqaha’ Syafi’i;

Talak pada syarak ialah melepaskan ikatan pernikahan dengan menggunakan lafaz talak dan seumpamanya.

ii. Fuqaha’ Hanafi:

Talak pada syarak ialah memutuskan ikatan perkahwinan serta merta (dengan talak ba’in) atau dalam tempoh masa (dengan talak raj’i) dengan menggunakan lafaz tertentu.

iii. Fuqaha’ Maliki:

Talak pada syarak ialah merungkai ikatan yang sah melalui pernikahan.iv. Fuqaha’ Hambali:Talak pada syarak ialah melepaskan ikatan pernikahan.

Hukum talak ini adalah berdasarkan kepada Firman Allah S.W.T Surah Al -Baqarah: 229 yang bermakud:

“Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali, sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.”

Manakala dalil daripada al-Sunnah ialah Hadith daripada Ibn ‘Umar bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:

‘Sebenci-benci perkara yang halal di sisi Allah ialah Talak”

2.2 Hukum Talak 


Para Ulama’ berpendapat bahawa hukum asal talak adalah makruh dan seseorang suami tidak wajar menceraikan isterinya tanpa sebarang sebab.

 Hukum ini berdasarkan kepada hadith Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Umar R.A.“Tidak satu yang dihalalkan oleh Allah tetapi dibenci lebih daripada perceraian”(hadith riwayat Abu Daud)

Walau bagaimanapun talak hukumnya wajib apabila sesebuah perkahwinan itu tidak mampu didamaikan dan sekiranya diteruskan ia boleh memudaratkan samada pada pihak isteri atau suami.

 Dalam situasi sebegini hukumnya adalah wajib bercerai demi menjaga maslahah kedua-dua belah pihak. Manakala dalam beberapa keadaan hukum talak akan berubah menjadi sunat. Ini terjadi apabila suami atau isteri tidak mampu menunaikan kewajipannya. Sebagai contohnya apabila isteri tidak menjaga hubungan beliau dengan Allah S.W.T. dan suami pula tidak mampu untuk mendidiknya. 

Ini berdasarkan kepada Hadith Rasulullah S.A.W.“Bahawasanya seorang lelaki mendatang Nabi S.A.W. dan berkata

Sesungguhnya isteri saya tidak menolak tangan orang yang menyentuhnya (zina), Rasulullah S.A.W. bersabda: Ceraikannya”

Talak juga boleh jatuh kepada hukum haram dalam beberapa keadaan iaitu:-i. Cerai dilafazkan semasa isteri dalam nifas dan haidii. Apabila suami melafazkan cerai dengan tujuan untuk memudaratkan isteriiii. Tanpa sebab-sebab menasabah yang dibenarkan oleh syariah

Syarat Sah Talak , Hak talak hanya diberikan kepada pihak lelaki atau suami. Maka jika wanita atau isteri yang lafazkan talak ia adalah tidak sah. Di antara sebab mengapa talak di tangan lelaki ialah kerana lelaki adalah sebagai ketua rumah tangga. Beliau yang bertanggungjawab untuk memikul beban di dalam rumah tangganya bermula dengan keharusan memberi mahar kepada isteri sehinggalah dalam penyediaan kewajipan lain setelah berkahwin. Selain itu, Allah S.A.W. telah mencipta lelaki mudah mengawal emosi berbanding wanita. Talak hanya dikira sah sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut iaitu suami, isteri dan lafaz talak. Suami semasa melafazkan talak perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:

 -i. Beliau telah menjadi suami melalui perkahwinan yang sah, adalah tidak akan jatuh talaq jika belum berkahwin atau setelah bercerai dan habis ‘iddah.

ii. Baligh

iii. Melafazkan talak tersebut dengan rela hati dan tidak dipaksa.

iv. Waras

tidak jatuh talak sekiranya semasa melafazkan talak tersebut suami tidak cukup umur, gila atau tidak waras mahupun sekiranya dipaksa. Ini berdasarkan kepada beberapa hadith Rasulullah S.A.W.

“Tiga golongan orang yang tidak dipertanggungjawabkan: orang yang tidur sehingga dia jaga, kanak-kanak sehingga baligh dan orang gila sehingga ia siuman”

Riwayat (Syaidina Ali Abu Thalib R.A.) “Umatku tidak diambil kira kerana tersalah, terlupa atau dipaksa”

Riwayat (Ibnu Hibran, Ad Daruafuthni, al-Thabrani, Ibn Majah) “Talak orang mabuk dan orang yang dipaksa tidak sah”

(Hadith riwayat Al-Bhukari)“Sesungguhnya talak itu bergantung kepada maksudnya”

(Hadith riwayat Al-Bhukari) Manakala untuk isteri talak hanya akan jatuh sekiranya semasa lafaz talak dibuat beliau adalah isteri yang sah kepada suami tersebut. Merujuk kepada syarat yang ketiga iaitu lafaz talak/cerai, Ulama’ berpendapat bahawa terdapat dua jenis lafaz talak iaitu: 

-i. Lafaz Sharih (lafaz secara jelas atau terang

Lafaz sharih merujuk kepada lafaz yang jelas maksudnya untuk memutuskan ikatan perkahwinan. Di dalam Al-Quran perkataan yang jelas dan terang yang merujuk kepada talak adalah ‘talak’, ‘firaq’ dan ‘sirah’. 

Oleh itu sah talak dengan kalimah bahasa-bahasa lain yang sama erti dengan perkataan-perkataan tersebut di atas. 

Sebagai contohnya, suami berkata kepada isterinya “Aku ceraikan engkau dengan talak satu” atau “mulai saat ini aku lepaskan engkau dari menjadi isteri ku”.

Kesan lafaz sharih amat jelas sekali kerana sekiranya ia dilafazkan oleh suami kepada isteri sama ada dengan niat untuk mencerai ataupun tidak tetap akan menggugurkan talak satu.

ii. Lafaz Kinayah (lafaz yang tidak jelas/sindiran)Ia merupakan lafaz yang boleh membawa maksud untuk penceraian dan sebaliknya. Di mana wujudnya keraguan pada maksud lafaz tersebut. seperti suami berkata kepada isteri, “Baliklah ke rumah bapamu” atau “Pergilah engkau dari sini”. 

Contoh di atas boleh di tafsirkan dengan pelbagai maksud kerana ‘balik ke rumah’ dan ‘pergilah’ boleh membawa kepada pelbagai maksud bergantung kepada penerima orang yang mendengar. Justeru itu, rujukan perlu dibuat kepada niat suami semasa melafazkan kata-kata tersebut. Sekiranya suami mempunyai niat untuk menceraikan isteri maka akan gugurlah talak satu. 

Tetapi jika suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya, maka talak tidak akan jatuh. Bolehlah disimpulkan bahawa untuk lafaz berbentuk kinayah ia bergantung kepada niat suami semasa melafazkan perkataan tersebut.Seterusnya, jumhur ulama’ berpendapat talak yang dilafazkan secara olok-olok atau bergurau senda sah asalkan ia tidak dipaksa, bawah umur, atau gila, rela mengucapkannya dan faham maksudnya walaupun tanpa niat. Justeru itu, lafaz talak bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan sesuka hati ataupun dengan niat untuk bergurau sahaja. 

Pendapat Jumhur Ulama’ ini adalah berdasarkan kepada hadith-hadith berikut:

 -Abu Hurairah R.A. Rasulillah S.A.W. bersabda: 

-“3 perkara di mana kesungguhanya adalah (dikira) sungguh-sungguh (benar-benar) dan gurauan juga (dikira) sungguh-sungguh (benar), ianya ialah nikah, talak dan rujuk”(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, At-Tirmidzi) 

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah: 227:“Dan jika mereka berazam untuk menjatuhkan talak maka sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha mengetahui”.

Lafaz Cerai yang dibuat Secara Bertulis Lafaz cerai juga boleh dilakukan sama ada secara bertulis atau secara lisan. Merujuk kepada cerai melalui SMS, lafaz cerai ini dibuat secara bertulis.

 Mengikut Jumhur Ulama, talak melalui tulisan hanya akan berlaku sekiranya disertakan dengan niat. Ini kerana, status tulisan adalah sama kedudukannya dengan kata-kata yang boleh difahami maksudnya. Walau bagaimanapun dalam menentukan sama ada talak jatuh atau tidak berdasarkan tulisan, bergantung kepada beberapa kriteria, dan para Ulama mempunyai pandangan yang berbeza dalam menggariskan kriteria-kriteria tersebut.

i.  Mazhab Hanafi Mengikut Mazhab Hanafi, terdapat dua syarat yang perlu dipenuhi bagi menjadikan status tulisan sama dengan lafaz, iaitu: 

-a. Tulisan yang jelas Tulisan tersebut mestilah dapat dilihat dengan jelas sama ada di atas helaian kertas, batu dan juga tanah.

 b. Ditujukan khusus kepada isterinya yang tertentuMazhab Hanafi berpendapat adalah jatuh talak kepada seorang isteri apabila tulisan tersebut jelas dan ditujukan kepadanya walaupun tidak disertakan dengan niat. Walau bagaimanapun sekiranya tulisan tersebut tidak jelas ditentukan kepada siapa (mungkin hanya sekadar menulis sifat si isteri) talak hanya akan jatuh jika bersertakan niat.

ii. Mazhab Syafie dan MalikiManakala Mazhab Syafie dan Maliki pula mensyaratkan niat sebagai faktor utama yang boleh menjatuhkan talak. Mereka berpendapat talak melalui tulisan adalah sama dengan talak secara kinayah. Talak kinayah hanya akan jatuh sekiranya disertakan dengan niat (lihat perbincangan di atas). 

Selain itu Imam Syafie juga mensyaratkan bahawa tulisan tersebut hendaklah ditulis sendiri oleh suami kepada isterinya.Jelas di sini berdasarkan kepada kedua-dua pendapat yang diutarakan oleh Mazhab Hanafi dan Mazhab Syafie serta Maliki, lafaz yang dibuat secara bertulis boleh menjatuhkan talak. 

Berdasarkan kepada konsep lafaz talak di atas bolehlah disimpulkan di sini bahawa lafaz talak yang dihantar oleh suami menggunakan SMS merupakan lafaz yang dibuat secara bertulis. 

Oleh itu hukumnya adalah sama dengan lafaz cerai yang dibuat secara bertulis. Dalam kes lafaz cerai secara bertulis Jumhur Ulama’ berpandapat ia hanya akan sah sekiranya suami mempunyai niat untuk melafazkan talak tersebut.

Rumusan


Tidak dapat dinafikan bahawa setiap yang diajarkan agama pasti ada hikmahnya.

Sebagai jalan terakhir selepas segala usaha diambil untuk menyelamatkan rumah tangga, penceraian menjadi talian hayat bagi kedua-dua pasangan memulakan hidup baru yang lebih baik dengan perpisahan

Hal ini lebih baik bagi kedua-dua pihak daripada perbalahan yang tak berkesudahan sehingga memberi kesan buruk bukan sahaja kepada pasangan suami isteri, bahkan kesan tidak baik turun terasa oleh anak-anak bagi pasangan yang sudah mempunyai cahaya mata.

Sebelum anda memilih untuk bercerai, fikirkan dahulu beberapa perkara ini.
Kenapa kita cintakan pasangan sebelum & sewaktu awal perkahwinan?

Adakah telah cuba mencari jalan perdamaian?

Adakah telah berbincang secara baik?

Adakah diri kita telah diubah dahulu untuk menjadi lebih baik sebelum kita mengharapkan pasangan berubah untuk kita?

Bagaimana kesan penceraian terhadap anak-anak di kemudian hari?

Asam garam dalam rumah tangga itu biasa. Tidak ada rumah tangga yang tidak dilanda masalah.

Saya menasihatkan agar para suami tidak mudah menceraikan isteri masing-masing melainkan kehidupan sebagai suami isteri telah buntu dan tidak boleh diselamatkan lagi. Para isteri pula, jangan mudah meminta untuk diceraikan setiap kali ada konflik dan masalah berlaku.

Ketika berlaku masalah, usahalah kita mendekatkan diri kepada Allah. Perbanyakan solat hajat dan bacaan al-Quran. Teruskan bersabar dalam apa pun jua keadaan.

Akhir kata, sekiranya sudah tekad mahu meneruskan penceraian selepas pelbagai ikhtiar telah diambil, pastikan bersesuaian dan bertepatan dengan peruntukan undang-undang (Enakmen Keluarga Islam Negeri).

Sukalah saya tinggalkan pesan buat kita semua bahawa penceraian bukanlah jalan yang baik selagi mana terdapat peluang untuk menyelamatkan perkahwinan dengan jalan yang damai.Ditegaskan juga bahawa penulisan ini bertujuan memberikan pencerahan sahaja. Andai terdapat sebarang permasalahan yang berlaku, sebaiknya dirujuk kepada mahkamah Syariah atau peguam Syarie yang berkelayakan.

Janganlah kita ambil remeh akan isu ini. Jauhilah daripada sikap suka bermain-main dengan lafaz talak dan seumpama dengannya kerana perkara main-main dengan penceraian amatlah ditegah oleh agama Islam.


Disediakan oleh :


AINA HAZIQAH DAN FAQIH WADIHAN


No comments:

Post a Comment

ISU MUNAKAHAT