Sunday, November 15, 2020

KEMAHIRAN BELAJAR GKB

 


KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR


Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.

Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana, masa dan tempat yang tertentu



Kepentingan Kemahiran Belajar


Banyak kepentingan dan faeedah yang diperolehi oleh pelajar yang dapat menguasai kemahiran belajar. Antaranya ialah:


🌸  Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna.

🌸     Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat.

🌸     Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi.

🌸     Memupuk displin kendiri pelajar.

🌸     Melatih pelajar membaca dengan cepat dan tepat.

🌸     Melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap.

🌸     Melatih pelajar memproses maklumat dengan berkesan.

🌸     Meningkatkan daya ingatan pelajar.

🌸     Mencungkil serta mengasah bakat serta potensi seseorang.

🌸     Membantu pelajar memperolehi kemahiran membuat rujukan kepada pelbagai
            sumber media.

🌸     Melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan seterusnya bermotivasi
            menghayati pembelajaran sepanjang hayat.

🌸     Melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan sebaiknya.


Untuk mendalami maksud Kemahiran Belajar dengan lebih lanjut, sila lihat video yang disertakan di bawah







Kemahiran belajar boleh dibahagikan kepada tiga cabang utama iaitu ;
    
    πŸ‰    Pengurusan Pembelajaran (Leticia dan Faqih)

    πŸ‰    Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat (Izzati dan Faqih)

    πŸ‰    Kemahiran Mengambil dan membuat Nota (Aina dan Faqih)



1. Pengurusan Pembelajaran




Penetapan matlamat diri dan akademik boleh dilakukan dengan menggunakan panduan SMART

 

SMART--- membantu individu untuk bagi menetapkan matlamat diri dan akademik sepanjang pengajian dan sepenuh hayat.

 

S---Specifk bermaksud seseorang individu perlu menetapkan matlamat yang spesifik dengan menjawab kesemua soalan siapa, apa, di mana, bila, bagaimana, kenapa.

 

M---Matlamat yang ditetapkan mesti boleh diukur .

 

A---Pencapaian yang realistik iaitu boleh diperoleh oleh diri individu berkenaan

 

R---Matlamat yang realistik iaitu boleh dicapai mengikut proses berperingkat-peringkat

 

T---Matlamat yang diketahui boleh dicapai secara berperingkat-peringkat dan dengan usaha yang berterusan.

 

2.2 Pengurusan Masa ( Time Management )

 


Pelajar harus dapat mengurus masa dengan baik agar pengunaan masa dapat diseimbangkan diantara aktiviti belajar dengan aktiviti yang lain

 

Kelebihan pengurusan masa

 


2.3 Mengenali Gaya Pembelajaran Kendiri

Model Gaya Pembelajaran  VARK ( Visual, Aural, Reading- Writting, Kinesthetic Learning)

 Model VARK diasakan oleh Neil Fleming pada tahun 2001 (Allen, Scheve & Nieter, 2011). Model ini menerangkan empat  gaya pembelajaran berasakan perbezaan individu iaitu

 Visual-- Pelajar belajar melalui penglihatan iaitu seperti menggunakan carta, poster, grafik dan penggunaan multimedia dalam aktiviti P&P.

 Audio--- Pelajar belajar melalui pendengaran iaitu seperti kuliah, penerangan

 Bacaan--- Menulis semula nota, membuat nota, menghafal, nota,menerangkan semula gambar atau model menggunakan perkataan sendiri dalam bentuk Powerpoint.



 2.4 Strategi Meningkatkan Daya Ingatan



kaedah bagi meningkatkan daya :

🍧Senaman dan aktiviti fizikal (seperti berjalan, jogging, naik tangga bukan naik lift) secara rutin

Ini dapat menyihatkan jantung, kurang risiko obes dan diabetes kerana senaman ini dapat memperbaiki aliran darah ke otak dan menyebabkan kurangnya pengecutan otak.

 

🍧Atasi depresi (kemurungan)

Depresi yang tidak dirawat boleh mengganggu memori/daya ingatan. Jika anda mengalami depresi, segera dapatkan nasihat dan rawatan doktor.

 

🍧Senaman mata

Gerakkan bola mata ke kiri dan ke kanan selama 30 saat sebagai senaman mata. Ini dapat membantu mencantumkan dua hemisfera otak. Apabila kedua-dua hemisfera otak dapat berkomunikasi dengan baik, maka sesetengah ingatan dapat dikembalikan atau dikeluarkan



 (by: Leticia & Faqih)


πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“



2. Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat




Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat

 

Pencarian Sumber Maklumat

 

Definisi dan Konsep Maklumat

Menurut beberapa kamus umum, maklumat ialah data, bahan dan pengetahuan. Selain itu, maklumat juga adalah data yang tersusun dalam satu struktur yang mempunyai makna.

Maklumat iaitu pengetahuan diperoleh menerusi proses mengetahui atau mengumpul maklumat yang akan mengembangkan kemampuan kita dalam berinteraksi dengan dunia sekeliling. Proses pengumpulan maklumat ini akan berterusan sepanjang hayat. Sepanjang kehidupan setiap individu akan mengalami pelbagai bentuk permasalahan yang membuatkan dirinya mempelajari sesuatu dan mendapat maklumat yang baru.

 

Ciri-Ciri Maklumat

1.       Relevan

2.       Boleh dipercayai

3.       Boleh difahami

4.       Lengkap

 5.       Tepat

 6.       Membantu mengurangkan ketidakpastian

 

Sumber maklumat diperoleh daripada

i)Sumber manusia                       ii) Media elektronik

iii)Media bercetak                        iv) Media 3D

v)Sumber persekitaran

 




Bentuk-Bentuk Maklumat

~ Artifak

~ Lukisan

~ Imej

~ Ensiklopedia

~ Indeks

~ Abstrak

~ Buku tahunan

~ Almanak

~ Jurnal

~ Buku

~ Majalah

 

Pengurusan Maklumat

Maklumat yang diperoleh perlu diurus secara sistematik agar maklumat berkenaan mudah dicapai. Terdapat dua jenis maklumat iaitu maklumat dalam bentuk hard copy dan soft copy. Maklumat berbentuk hard copy adalah bahan bercetak seperti jurnal, surat khabar dan kamus. Maklumat berbentuk soft copy adalah bahan yang didapati secara dalam talian seperti e-book dan e-journal. Maklumat boleh diperoleh secara formal dan tidak formal. Maklumat formal iaitu sebarang maklumat yang dihasilkan secara rasmi seperti laporan. Maklumat tidak formal adalah sebarang maklumat yang dihasilkan secara tidak rasmi seperti maklumat dalam facebook.

 

Pencarian Di Perpustakaan

Pencarian bahan di perpustakaan menggunakan Online Public Access Catalogue (OPAC) dan Electronic Query Using Internet Protocol (E-QUIP). OPAC dan E-QUIP digunakan untuk mengesan lokasi buku yang diperlukan dalam perpustakaan. Untuk mencari maklumat di perpustakaan, pelajar boleh menghubungi pustakawan untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut mengenai penggunaan OPAC dan E-QUIP supaya dapat mengakses bahan akademik dengan lebih cepat.

 

Pelayaran Internet




Berikut merupakan pangkalan data untuk pendidikan:

a.    Perpustakaan Negara Malaysia - http://www.pnm.gov.my/main.php

b.    Pro-Quest: Disertation abstrak – http://wwwlib.umi.com/dissertations/gateway

c.    Pro-Quest Education + Eric Plus Text – http://www.proquest.com

 d.    Emerald Insight – http://www.emeraldinsight.com

e.    EbscoHost – http://search.epnet.com/login.asp

f.     Pangkalan data Tesis Malaysia – http://ptsldigital.ukm.my

g.    ERIC – http://eric.ed.gov

 

Sumber Primer Dan Sumber Sekunder

a. Sumber primer maklumat asas yang diperoleh sendiri oleh penyelidik melalui temu bual, pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik. dapat diperoleh daripada bahan cetakan seperti artikel, jurnal, tesis dan laporan.

b. Sumber sekunder sumber maklumat yang diperoleh hasil tafsiran dan rumusan sumber primer. Tujuan : dapat memenuhi kehendak topik yang dibincangkan dalam buku yang ditulisnya.

Contohnya ialah maklumat yang terdapat dalam buku teks, majalah, akhbar, laman web dan lain-lain lagi.

 

Refleksi

Maklumat merupakan suatu perkara yang sangat penting. Apabila maklumat diperoleh, perkara yang perlu diambil kira adalah dari mana asal usul maklumat itu hadir, sebagai contohnya, dari sumber yang boleh dipercayai atau sebaliknya. Maklumat boleh hadir daripada pelbagai pihak sebagai contohnya, manusia, perpustakaan, internet dan lain-lain. Kemahiran pengurusan maklumat haruslah dikuasai oleh setiap pelajar bagi memanfaatkan segala maklumat yang diperoleh.


(by: Izzati dan Faqih)


🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹



3. Kemahiran Mengambil dan Membuat nota

 

 APA ITU NOTA?

Nota adalah sesuatu yang dicatat / ditulis seseorang pelajar semasa proses dan pembelajaran. Nota juga merupakan ringkasan isi – isi penting dari matapelajaran yang kita pelajari. Bahkan, kejayaan seseorang pelajar itu juga turut bergantung kepada kemampuannya menyediakan nota yang baik.

 






 

Cara – cara membuat nota terbahagi kepada empat iaitu :

 

1.    Annotation  –  nota yang ditulis dalam bentuk kerangka isi penting. Tujuan membuat catatan adalah untuk mengenal pasti isi atau focus tajuk yang dibincangkan. Catatan disediakan dengan pengunaan pen highlighter (untuk menonjolkan lagi isi – isi penting yang dinyatakan.

 


Contoh Annotation

 

2.    Outline notes – nota yang ditulis dalam bentuk isi-isi penting. Hanya menggunakan kata kunci dan frasa sahaja iaitu hanya satu atau dua patah perkataan sahaja. Ada dalam bentuk nombor, tajuk besar dan tajuk kecil. Tajuk yang besar diletakkan paling atas itu haruslah berkaait dengan tajuk kecil di bawahnya.

Contoh outline notes



3.    Column notes – nota yang ditulis dalam bentuk kolum. Ia digunakan untuk membezakan sesuatu tajuk. Nota ini amatlah sesuai untuk diaplikasikan dalam matapelajaran matematik atau sains

 



Contoh Column Notes

 



4.    Nota rumusan – nota dalam bentuk rumusan. Ia focus kepada rumusan sesuatu teks. Nota rumusan ini boleh ditulis dalam bentuk peta minda, lajur dan lain – lain bagi menghindari rasa bosan ketika membaca nota dalam bentuk perenggan. Nota ini tertumpu kepada isi penting sahaja kerana kebanyakan pelajar boleh memberitahu contoh dan huraian apabila sudah tahu tentang isi penting tersebut.

 



Contoh nota rumusan

 

 

         ALAT BERFIKIR UNTUK MEMBUAT NOTA

 

Ø  Pengurusan Grafik

 

Alat pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep, peta cerita dan alat pengurusan kognitif.  Ia merupakan alat komunikasi yang menggunakan simbol-simbol untuk menggambarkan pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan juga hubungan antara mereka.  Tujuan utama alat pengurusan grafik adalah untuk menyediakan bantuan visual bagi membantu pelajar berfikir

 

Contoh penggunaan borang grafik yang boleh digunakan dan melibatkan kemahiran berfikir adalah seperti berikut:


- Membanding dan membeza 
- Membuat kategori

- Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan
- Menerangkan sebab dan akibat
 
- Mengusul periksa andaian

 



 

 

Ø  Peta Minda

 

Kaedah ini tidak memerlukan susunan yang linear. Tajuk utama pula menjadi nukleus dan idea utama. Manakala, konsep-konsepnya membentuk cabang. Cara ini dapat menarik minat seseorang untuk membaca nota dan memahaminya disebabkan oleh adanya penggunaan warna dan grafik.

 




 

 

Ø  Pemetaan I – Think

Tujuan-meningkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Terdapat lapan peta pemikiran yang diperkenalkan iaitu :

-   Circle map

- Bubble map

-  Double bubble map

- Tree map

- Flow map

-  Brace map

- Multiflow map

-  Bridge map



 

Ø  Teknik Menyoal Aras Tinggi

 

Teknik menyoal aras tinggi digunakan untuk menggalakkan KBAT. Pada masa kini, KBAT berasaskan domain kognitif dalam taksonomi bloom iaitu mengingat,memahami,mengaplikasi,menganalisis,mencipta dan menilai.

 

Jenis – jenis menyoal aras tinggi :

 

-       Penyoalan sokratik

-       Soalan bertumpu dan mencapah

-       Lingkaran soalan



 

Ø  Alat – alat CoRT

 

CoRT 1 – Terdapat tujuh jenis alat yang dalam CoRT ini iaitu PMI ( pertimbangan baik, buruk atau menarik sesuatu pemilihan), CAF (mempertimbangkan factor-faktor lain), C & S (kesan dan akibat), AGO (tujuan, matlamat dan objektif), FIP(keutamaan yang paling penting), APC (alternative,kemungkinan dan pilihan) ,OPV (pandangan pihak lain).

 


(by: Aina & Faqih)




πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘


 


PROFIL AHLI-AHLI



AHLI A 

😊 Nama : Leticia Lavhanya A/P Syril Mohan 

😊 Tarikh Lahir : 22 Okt. 2002

😊 Hobi : Membaca Buku, Mendengar lagu

😊 Asal : Penang


AHLI B 

πŸ˜† Nama : Aina Haziqah binti Haswadi

πŸ˜† Tarikh Lahir : 21 Jan. 2002

πŸ˜† Hobi : Memasak , Membeli-belah

πŸ˜† Asal : Johor


AHLI C

😎 Nama : Nur Izzati Imani binti Muhammad

😎 Tarikh Lahir : 31 Dis. 2002

😎 Hobi : Menyanyi, Melukis

😎 Asal : Kelantan


AHLI D

😍 Nama : Faqih Wadihan bin Adnan

😍 Tarikh Lahir  : 16 Sept. 2002

😍 Hobi : Main permainan video 

😍 Asal : Perak



SEKIAN, TERIMA KASIH


ISU MUNAKAHAT