KEMAHIRAN BELAJAR GKB
Thursday, April 1, 2021
ISU MUNAKAHAT
ISU MUALAMAT
MUALAMAT
Apa makna mualamat?
Bahasa : Muamalat ialah perhubungan
Istilah : urusan seharian manusia yang berkaitan dengan aspek ekonomi dan sosial
Huraian Mualamat
1.Muamalat adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia termasuk aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya
2. Maksud muamalat dalam bidang ekonomi ialah yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, di laut adalah milik Allah s.w.t secara mutlak. Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan kepadanya. Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.
Firma Allah yang bermaksud:
Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)
Isu Mualamat pada masa kini : Hukum main Forex
Apakah itu Forex?
Sebelum itu, kita ketahui dulu apa sebenarnya forex? Yang main depan komputer/laptop sambil baca-baca graf itu ke? Yang kata boleh cepat kaya itu ke?
Baik.
Forex ini, nama panjangnya foreign exchange. Tukar mata wang. Contohnya, nak pergi United Kingdom, pergi Money Changer, tukar duit Malaysia kepada duit United Kingdom. Sebab apa? Sebab nak pergi UK mestilah pakai duit negara sana. Takkan pakai duit Malaysia pula. Duit Malaysia dekat sana tak boleh pakai. Jadi, kena tukar.
Transaksi ‘pertukaran’ inilah yang dipanggil sebagai forex. Tukar duit Malaysia kepada duit luar negara. Dan begitu juga untuk negara lain dengan negara lain. Ringgit Malaysia kepada British Pound. US Dollar kepada CNY (duit China). Begitulah seterusnya.
Forex ini beza dengan forex trading. Yang kalian tengok baca-baca graf itu, itu forex trading. Dah jadi trend orang muda nak belajar forex trading, sebab katanya “duduk rumah saja mampu menjana pendapatan lumayan” dan sebagainya. Macam-macam kata-kata harapan yang diberi kepada masyarakat tentang forex trading ini.
Forex trading ini pula, ialah pertukaran mata wang yang berjalan setiap hari demi mengaut keuntungan. Sebab apa boleh dapat untung? Sebab mata wang di dunia ini berlaku perubahan yang tidak menentu (volatile). Nilai mata wang di dunia, tak kekal pada satu nilai saja. Kejap naik, kejap turun. Banyak faktor sebab apa boleh jadi macam ini, contohnya kestabilan politik, ekonomi dunia, dan sebagainya.
Dari sinilah, orang beli mata wang atas talian, bila duit itu naik, mereka jual, dapatlah keuntungan. Lebih kurang begitu untuk senang nak faham.
Nak power buat benda-benda macam ini, haruslah pandai baca graf. Baca graf pasaran mata wang yang kita beli itu. Tak semestinya untung saja memanjang. Boleh juga berlaku kerugian. Sebab kedudukan mata wang ini tak menentu (atau dikenali sebagai volatile), ia akan berlaku turun-naik yang kerap.
Tipulah kalau kata semua yang main forex trading itu untung saja memanjang. Macam lumrah dunia bisneslah, mesti ada untung-rugi. Forex trading itu juga suatu bisnes.
Kenapa ia dipanggil trading? Sebab ia jangka pendek. Kalau jangka panjang, ia bukan trading. Ia investing. Forex trading mesti main hari-hari. Setiap volatility (naik turun nilai mata wang)harus diperhati untuk pastikan duit yang kita tukar itu, bila masa nak jual, bila nak beli (tukar mata wang) untuk jangkakan keuntungan akan datang. Itu semua kena analisis. Atau dalam dunia forex trading, dipanggil ilmu analisis teknikal dan lain-lain.
Hukum Main Forex. Boleh atau Tidak?
Ini satu hal yang sangat penting untuk masyarakat faham. Nak bincang pasal halal-haram ini, bukan satu perbincangan yang main-main. Kalau haram satu ‘aktiviti’ itu, maka haramlah hasilnya juga. Tiada berkat untuk ambil hasilnya. Tiada keredhaan Tuhan. Sebab itu, berhati-hatilah dalam menentukan sesuatu hukum. Jadi, dalam artikel ini, penulis nak kongsikan berkenaan hukum main forex.
Hukum Forex Exchange
Pertama, apa hukum forex? Iaitu, foreign exchange. Yang penulis sebut pasal tukar duit dekat Money Changer tadi. Apa hukum buat benda itu?
Hukumnya, harus.
Ada tiga syarat yang dipenuhi:
1. Ada pembeli ada penjual. Pembeli itu wujud, dan penjual itu juga wujud, dua-dua jelas. Dua-dua wujud dan hadir bila pembelian itu berlaku. Bukannya pembeli tak yakin dengan siapa dia beli. Jadi, dekat itu sudah jelas. Pembeli ada, penjual ada.
2. Akad. Bukan akad nikah, ya. Akad jual beli. Bila ada yang membeli dan ada pula yang menjual. Transaksi itu juga dipanggil akad. Saya beli, saya jual (penjual). Walaupun tak ada ‘lafaz’ pun tak apa, perbuatan nak membeli dan nak menjual itu pun sudah dikira sebagai akad. Jadi, akad sudah ada. Jelas.
3. Penyerahan barang. Benda itu wujud tak? Ya, wujud. Bila pergi Money Changer, kita nampak ‘benda’ itu, iaitu duit yang kita nak tukar. Benda itu wujud depan mata. Dan benda itu diserah terus kepada kita sebaik saja akad. Bukan tangguh atau terlalu advance. Dia serentak. Berlaku akad jual beli, penyerahan barang pun berlaku sekali. Selesai.
Tiga-tiga syarat ini, mesti dipenuhi dan berlaku serentak. Bila dapat selesai semua ini, maka forex dalam keadaan itu, hukumnya harus.
Hukum Main Forex Trading
Foreign exchange trading, apa hukumnya? Ini wujud perbalahan. Ada trader yang tak setuju dengan ustaz-ustaz. Ada pula yang cakap forex trading ini penipuan semata-mata. Ada yang cakap, forex trading tak sama dengan judi.
Jadi, dia bermain dekat dua hukum ini. Orang berbalah, forex trading ini haram atau harus sebenarnya?
Baik, sebelum nak masuk apa-apa hukum, lagi-lagi isu yang kontroversi macam ini.
Kita perlu ingat, yang ulama kata dalam satu kaedah fiqh tentang perkara yang berkaitan dengan muamalat, “Asal sesuatu adalah harus, hinggalah ada dalil menunjukkan pengharamannya.”
Asal sesuatu benda dalam hal mualamat (hal-hal dunia seperti kewangan, politik dan sebagainya), adalah harus. Sehingga ada benda lain yang menunjukkannya haram, seperti ada unsur riba (bunga), penipuan, judi dan lain-lain.
Jadi, itu kunci yang kita nak pegang sekarang. Forex trading ini, kita ambil hukum harus dulu. Mari kita tengok, apa ciri-cirinya yang berpotensi untuk mengatakan aktiviti ini sebagai haram?
Fatwa Perlis kata, hukum forex trading online ini, haram.
Ada 4 sebab:
1. Tiada serahan milik secara tunai dan serta-merta
2. Ada riba (bunga). Ada dua keadaan. Pertama, ialah pada leverage (pinjaman tunai). Nak buat pertukaran mata wang online, ada caj-caj tertentu daripada platform. Kedua, pada overnight charge, iaitu caj semalaman. Kalau gagal bayar balik leverage tadi, ada caj denda pula. Itu riba.
3. Wujudnya ketidaktentuan. Dalam kewangan Islam, kena clear bab-bab transaksi ini. Kalau forex trading, tak jelas. Entah platform itu bagaimana. Siapa penyelia bab undang-undang dan sebagainya. ‘Barangan’ yang kita beli itu pun, hanya atas talian. Tak tentu, betul ke ada barang itu? Dalam kewangan Islam, barangan itu mesti wujud (depan). Kalau tak wujud secara fizikal, mesti ada dokumen sah yang menunjukkan kita sudah memiliki barangan itu (nak menolak ragu-ragu). Sebab kewangan Islam menolak ketidaktentuan.
4. Ada unsur judi. Naik turunnya nilai mata wang ini, bukanlah atas kawalan kita. Tapi untung dan rugi itu hanya bergantung kepada spekulasi kita saja. Ia sama dengan judi sebab, kita bertaruh atas wang. Mendapat keuntungan, di atas kerugian orang lain.
Ini sebab-sebab yang fatwa negeri Perlis lampirkan atas pengharamannya forex trading online ini.
JAKIM dan Maybank Islamic juga memakai pandangan yang sama. Haram. Sebab adanya riba, ketidaktentuan (gharar), dan judi. Boleh rujuk laman web Maybank ini,
Jadi, sudah ada tiga pihak yang mengatakan ianya haram. Sebab wujud perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak.
Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUI) ada hurai halal dan haram tentang forex trading online ini. Ada keadaan, ianya haram. Ada keadaan, ianya boleh jadi harus. Ia bergantung kepada bagaimana seseorang itu ‘main’ forex exchange trading tersebut.
MUI kata transaksi forex trading online yang spot (serta-merta) boleh dan harus hukumnya. Sebab barang itu secara terus dan tidak ada unsur penipuan. Sebab apa? Sebab sebelum transaksi itu, mestilah si pembeli sudah yakin dan cukup maklumat tentang ‘apa’ yang hendak dibeli. Jadi, transaksi itu berlaku dengan kerelaan. Dua belah pihak bersetuju. Tak ada unsur penipuan di sini.
Selain itu, MUI kata haram bila adanya riba dan sebagainya. Riba boleh berlaku dalam leverage. Pinjaman itu kalau tiada bunga, tiada masalah (qardhu hasan). Kalau leverage itu ada bunga, maka haram. Jelas. Setiap aspek, ada riba, ketidaktentuan, dan judi, haramlah ia.
Kesimpulan
Dalam kewangan Islam, nak transaksi yang halal, kena bebas daripada 3 ini:
1. Riba (bunga)
2. Gharar (ketidaktentuan)
3. Maisir (judi)
Kalau dapat elak 3 ini, maka haruslah hukumnya apa-apa transaksi sekalipun. Sebab, kaedah fiqh kata, asal sesuatu itu harus sehingga ada sebab yang mengatakan ianya haram. Jadi, 3 perkara itu, adalah unsur pengharamannya.
Kalau bab pertukaran wang asing (bai’ sarf), mestilah penuhi 3 syarat ini juga:
1. Penjual-pembeli hadir
2. Akad jual beli
3. Barangan (penyerahan yang serta-merta)
Kalau tak penuhi ketiga-tiga syarat di atas, boleh berlaku ketidaktentuan. Contoh, barangan itu tidak diserahkan serta-merta, atau tak ada bukti pembelian itu. Maka, berlakulah ketidaktentuan. Tak confirm kita memiliki. Hanya atas bayangan saja. Haram.
Hukum forex?
Harus. Pertukaran mata wang asing.
Hukum forex trading?
Menurut penelitian, kita wajib rela akur dengan fatwa kebangsaan dan juga pakar-pakar kewangan Islam. Hukumnya, haram. Ketidaktentuan yang besar. Riba daripada pembayaran itu dan pembayaran ini. Spekulasi yang menguntungkan diri dan merugikan pihak lain.
Secara umumnya, haram. Tapi kita tak mahu pukul rata semua orang. Mungkin ada ‘pakar’ forex di luar sana yang begitu yakin dengan apa yang dia buat, dia berasa dia dapat elak daripada segala unsur-unsur yang menentang syarak. Maka, harus baginya. Tetapi, jangan yakin dengan perkara yang tidak jelas. Biarlah kalian mempunyai hujah yang kukuh. Jangan main redah saja. Takut apa yang kita nak jawab di hadapan Allah nanti. Lebih baik tutupkan saja jalan untuk ke arah yang terdedah dengan segala unsur kebinasaan. Itu lebih selamat untuk harta kita, agama kita.
Disediakan oleh :
AINA HAZIQAH DAN FAQIH WADIHAN
Sunday, November 15, 2020
KEMAHIRAN BELAJAR GKB
KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR
Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.
Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana, masa dan tempat yang tertentu
Banyak kepentingan dan faeedah yang diperolehi oleh pelajar yang dapat menguasai kemahiran belajar. Antaranya ialah:
1. Pengurusan Pembelajaran
Penetapan matlamat diri dan akademik boleh
dilakukan dengan menggunakan panduan SMART
SMART--- membantu individu untuk bagi
menetapkan matlamat diri dan akademik sepanjang pengajian dan sepenuh hayat.
S---Specifk bermaksud seseorang individu perlu
menetapkan matlamat yang spesifik dengan menjawab kesemua soalan siapa, apa, di
mana, bila, bagaimana, kenapa.
M---Matlamat yang ditetapkan mesti boleh
diukur .
A---Pencapaian yang realistik iaitu boleh diperoleh
oleh diri individu berkenaan
R---Matlamat yang realistik iaitu boleh
dicapai mengikut proses berperingkat-peringkat
T---Matlamat yang diketahui boleh dicapai
secara berperingkat-peringkat dan dengan usaha yang berterusan.
2.2 Pengurusan Masa ( Time Management )
Pelajar harus dapat mengurus masa dengan baik
agar pengunaan masa dapat diseimbangkan diantara aktiviti belajar dengan
aktiviti yang lain
Kelebihan pengurusan masa
2.3 Mengenali Gaya Pembelajaran Kendiri
Model Gaya Pembelajaran VARK ( Visual, Aural, Reading- Writting,
Kinesthetic Learning)
Model
VARK diasakan oleh Neil Fleming pada tahun 2001 (Allen, Scheve & Nieter,
2011). Model ini menerangkan empat gaya
pembelajaran berasakan perbezaan individu iaitu
Visual-- Pelajar belajar melalui penglihatan
iaitu seperti menggunakan carta, poster, grafik dan penggunaan multimedia dalam
aktiviti P&P.
Audio--- Pelajar belajar melalui pendengaran
iaitu seperti kuliah, penerangan
Bacaan--- Menulis semula nota, membuat nota,
menghafal, nota,menerangkan semula gambar atau model menggunakan perkataan
sendiri dalam bentuk Powerpoint.
2.4
Strategi Meningkatkan Daya Ingatan
kaedah bagi meningkatkan daya :
🍧Senaman dan aktiviti fizikal (seperti
berjalan, jogging, naik tangga bukan naik lift) secara rutin
Ini dapat menyihatkan jantung, kurang risiko
obes dan diabetes kerana senaman ini dapat memperbaiki aliran darah ke otak dan
menyebabkan kurangnya pengecutan otak.
🍧Atasi depresi (kemurungan)
Depresi yang tidak dirawat boleh mengganggu
memori/daya ingatan. Jika anda mengalami depresi, segera dapatkan nasihat dan
rawatan doktor.
🍧Senaman mata
Gerakkan bola mata ke kiri dan ke kanan selama
30 saat sebagai senaman mata. Ini dapat membantu mencantumkan dua hemisfera
otak. Apabila kedua-dua hemisfera otak dapat berkomunikasi dengan baik, maka
sesetengah ingatan dapat dikembalikan atau dikeluarkan
(by: Leticia & Faqih)
🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓🍓
2. Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat
Kemahiran
Perolehan dan Pengurusan Maklumat
Pencarian
Sumber Maklumat
Definisi
dan Konsep Maklumat
Menurut
beberapa kamus umum, maklumat ialah data, bahan dan pengetahuan. Selain itu,
maklumat juga adalah data yang tersusun dalam satu struktur yang mempunyai
makna.
Maklumat iaitu
pengetahuan diperoleh menerusi proses mengetahui atau mengumpul maklumat yang
akan mengembangkan kemampuan kita dalam berinteraksi dengan dunia sekeliling.
Proses pengumpulan maklumat ini akan berterusan sepanjang hayat. Sepanjang
kehidupan setiap individu akan mengalami pelbagai bentuk permasalahan yang
membuatkan dirinya mempelajari sesuatu dan mendapat maklumat yang baru.
Ciri-Ciri
Maklumat
1. Relevan
2. Boleh dipercayai
3. Boleh difahami
4. Lengkap
5.
Tepat
6.
Membantu mengurangkan ketidakpastian
Sumber
maklumat diperoleh daripada
i)Sumber
manusia ii) Media
elektronik
iii)Media
bercetak iv) Media
3D
v)Sumber
persekitaran
Bentuk-Bentuk
Maklumat
~ Artifak
~ Lukisan
~ Imej
~ Ensiklopedia
~ Indeks
~ Abstrak
~ Buku tahunan
~ Almanak
~ Jurnal
~ Buku
~ Majalah
Pengurusan
Maklumat
Maklumat yang
diperoleh perlu diurus secara sistematik agar maklumat berkenaan mudah dicapai.
Terdapat dua jenis maklumat iaitu maklumat dalam bentuk hard copy dan soft
copy. Maklumat berbentuk hard copy adalah bahan bercetak seperti
jurnal, surat khabar dan kamus. Maklumat berbentuk soft copy adalah
bahan yang didapati secara dalam talian seperti e-book dan e-journal. Maklumat
boleh diperoleh secara formal dan tidak formal. Maklumat formal iaitu sebarang
maklumat yang dihasilkan secara rasmi seperti laporan. Maklumat tidak formal
adalah sebarang maklumat yang dihasilkan secara tidak rasmi seperti maklumat
dalam facebook.
Pencarian
Di Perpustakaan
Pencarian
bahan di perpustakaan menggunakan Online Public Access Catalogue (OPAC)
dan Electronic Query Using Internet Protocol (E-QUIP). OPAC dan E-QUIP
digunakan untuk mengesan lokasi buku yang diperlukan dalam perpustakaan. Untuk
mencari maklumat di perpustakaan, pelajar boleh menghubungi pustakawan untuk
mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut mengenai penggunaan OPAC dan E-QUIP
supaya dapat mengakses bahan akademik dengan lebih cepat.
Pelayaran
Internet
Berikut
merupakan pangkalan data untuk pendidikan:
a. Perpustakaan Negara Malaysia - http://www.pnm.gov.my/main.php
b. Pro-Quest: Disertation abstrak – http://wwwlib.umi.com/dissertations/gateway
c. Pro-Quest Education + Eric Plus Text – http://www.proquest.com
d.
Emerald Insight – http://www.emeraldinsight.com
e. EbscoHost – http://search.epnet.com/login.asp
f. Pangkalan data Tesis Malaysia – http://ptsldigital.ukm.my
g. ERIC – http://eric.ed.gov
Sumber
Primer Dan Sumber Sekunder
a. Sumber
primer maklumat asas yang diperoleh sendiri oleh penyelidik melalui temu bual,
pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik. dapat diperoleh daripada bahan
cetakan seperti artikel, jurnal, tesis dan laporan.
b. Sumber
sekunder sumber maklumat yang diperoleh hasil tafsiran dan rumusan sumber
primer. Tujuan : dapat memenuhi kehendak topik yang dibincangkan dalam buku
yang ditulisnya.
Contohnya
ialah maklumat yang terdapat dalam buku teks, majalah, akhbar, laman web dan
lain-lain lagi.
Refleksi
Maklumat merupakan suatu
perkara yang sangat penting. Apabila maklumat diperoleh, perkara yang perlu
diambil kira adalah dari mana asal usul maklumat itu hadir, sebagai contohnya,
dari sumber yang boleh dipercayai atau sebaliknya. Maklumat boleh hadir daripada
pelbagai pihak sebagai contohnya, manusia, perpustakaan, internet dan
lain-lain. Kemahiran pengurusan maklumat haruslah dikuasai oleh setiap pelajar
bagi memanfaatkan segala maklumat yang diperoleh.
(by: Izzati dan Faqih)
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
3. Kemahiran Mengambil dan Membuat nota
APA ITU NOTA?
Nota adalah sesuatu yang dicatat / ditulis seseorang pelajar semasa
proses dan pembelajaran. Nota juga merupakan ringkasan isi – isi penting dari
matapelajaran yang kita pelajari. Bahkan, kejayaan seseorang pelajar itu juga
turut bergantung kepada kemampuannya menyediakan nota yang baik.
Cara – cara membuat nota terbahagi kepada empat iaitu :
1.
Annotation – nota
yang ditulis dalam bentuk kerangka isi penting. Tujuan membuat catatan adalah
untuk mengenal pasti isi atau focus tajuk yang dibincangkan. Catatan disediakan
dengan pengunaan pen highlighter (untuk menonjolkan lagi isi – isi penting yang
dinyatakan.
Contoh
Annotation
2. Outline notes –
nota yang ditulis dalam bentuk isi-isi penting. Hanya menggunakan kata kunci
dan frasa sahaja iaitu hanya satu atau dua patah perkataan sahaja. Ada dalam
bentuk nombor, tajuk besar dan tajuk kecil. Tajuk yang besar diletakkan paling
atas itu haruslah berkaait dengan tajuk kecil di bawahnya.
Contoh outline
notes
3.
Column
notes – nota yang ditulis dalam bentuk kolum. Ia
digunakan untuk membezakan sesuatu tajuk. Nota ini amatlah sesuai untuk
diaplikasikan dalam matapelajaran matematik atau sains
Contoh Column
Notes
4.
Nota
rumusan – nota dalam bentuk rumusan. Ia focus kepada
rumusan sesuatu teks. Nota rumusan ini boleh ditulis dalam bentuk peta minda,
lajur dan lain – lain bagi menghindari rasa bosan ketika membaca nota dalam
bentuk perenggan. Nota ini tertumpu kepada isi penting sahaja kerana kebanyakan
pelajar boleh memberitahu contoh dan huraian apabila sudah tahu tentang isi
penting tersebut.
Contoh nota rumusan
ALAT BERFIKIR UNTUK MEMBUAT NOTA
Ø Pengurusan
Grafik
Alat
pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep, peta cerita dan alat pengurusan
kognitif. Ia merupakan alat komunikasi yang menggunakan simbol-simbol untuk
menggambarkan pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan juga hubungan antara
mereka. Tujuan utama alat pengurusan grafik adalah untuk menyediakan
bantuan visual bagi
membantu pelajar berfikir
Contoh penggunaan borang grafik yang boleh digunakan
dan melibatkan kemahiran berfikir adalah seperti berikut:
- Membanding dan membeza
- Membuat kategori
- Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan
- Menerangkan sebab dan akibat
- Mengusul periksa andaian
Ø Peta
Minda
Kaedah ini tidak
memerlukan susunan yang linear. Tajuk utama pula menjadi nukleus dan idea
utama. Manakala, konsep-konsepnya membentuk cabang. Cara ini dapat menarik minat seseorang untuk membaca nota dan
memahaminya disebabkan oleh adanya penggunaan warna dan grafik.
Ø Pemetaan
I – Think
Tujuan-meningkatkan
dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Terdapat lapan peta
pemikiran yang diperkenalkan iaitu :
- Circle map
- Bubble map
- Double bubble map
- Tree map
- Flow map
- Brace map
- Multiflow map
- Bridge map
Ø Teknik
Menyoal Aras Tinggi
Teknik
menyoal aras tinggi digunakan untuk menggalakkan KBAT. Pada masa kini, KBAT berasaskan
domain kognitif dalam taksonomi bloom iaitu
mengingat,memahami,mengaplikasi,menganalisis,mencipta dan menilai.
Jenis –
jenis menyoal aras tinggi :
-
Penyoalan
sokratik
-
Soalan
bertumpu dan mencapah
-
Lingkaran
soalan
Ø Alat
– alat CoRT
CoRT 1 – Terdapat tujuh jenis alat yang dalam CoRT ini iaitu PMI (
pertimbangan baik, buruk atau menarik sesuatu
pemilihan), CAF (mempertimbangkan factor-faktor lain), C & S (kesan dan
akibat), AGO (tujuan, matlamat dan objektif), FIP(keutamaan yang paling
penting), APC (alternative,kemungkinan dan pilihan) ,OPV (pandangan pihak
lain).
(by: Aina & Faqih)
🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑🍑
PROFIL AHLI-AHLI
AHLI A
😊 Nama : Leticia Lavhanya A/P Syril Mohan
😊 Tarikh Lahir : 22 Okt. 2002
😊 Hobi : Membaca Buku, Mendengar lagu
😊 Asal : Penang
AHLI B
AHLI C
AHLI D
-
Apa itu Munakahat? Bahasa : Ikatan atau simpulan Istilah : Suatu ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan batas hak dan kewajipan se...
-
MUALAMAT Apa makna mualamat? Bahasa : Muamalat ialah perhubungan Istilah : urusan seharian manusia yang berkaitan dengan aspek ekonomi dan...
-
KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk memb...